Sunday, August 31, 2014
TINTA
"tanpa berlengah-lengah saya membuat keputusan bahawa sumbangan yang abadi yang dapat diberikan oleh seseorang dalam keadaan seumpama ini ialah menulis sebuah buku; kerana sebuah buku dapat kekal lama selepas kerajaan, manusia, negara, catatan pemikiran dan tindakan manusia lupus"
(terjemahan)
*Preface A Commentary on the Hujjah Al-Siddiq of Nur Al-Din Al-Raniri, 1986
Syed Muhammad Naquib Al-Attas
MERDEKA!!!
apakah ia sekadar frasa...
apakah ia sekadar berada di tinta...
apakah ia suatu kata pujangga...
apakah ia suatu kebebasan jiwa...
TIDAK!!!
semestinya tidak...
laungannya bukan sekadar rentak...
merdeka itu adalah puncak...
korbannya manusia bermain pencak...
demi penjajah yang hendak dipijak...
PIJAK!!!
kerana Barat sudah mengetepikan hak...
jiwa manusia itu sifatnya bergejolak...
mempertahankan maruah nyawa sanggup dipajak...
wahai jiwa selepasnya...
wahai manusia selepas merdeka...
darah pendekar mengalir kepadanya...
maka jangan sia-siakan darahnya...
walaupun sudah hilang penjajah di mata...
ayuh! bangunkan bangsa...
supaya megah di seluruh dunia...
Subscribe to:
Comments (Atom)

