Friday, December 5, 2014

BERUBAH



berlatihlah diri kita untuk berubah...
walaupun persepsi manusia sentiasa berubah-ubah...
jangan takut apabila kamu rebah...
teruskan bangun dan berdiri dengan gagah...
tidak perlu hiraukan luka-luka yang parah...
tidak perlu hiraukan walaupun berlumuran darah...
terus maju ke hadapan namun janganlah bermegah...
janganlah kamu megah dengan bermadah-madah...
kelak kamu lupa bahawa kamu pernah rebah...
jangan takut apabila berbuat salah...
kerana itulah ciptaan Tuhan menurut fitrah...
kerana itulah yang diaturkan berdasarkan Sunnatullah...
biarkan manusia berkata-kata dan membuat helah...
biarkanlah...
kerana bukan mereka yang diubah...
tetapi diri kita yang perlu berubah...